1 para guru-guru
para guru / guru-guru
2 satu setengah jam
satu jam setengah
3 tiap pelajar
setiap pelajar / tiap-tiap pelajar
4 daripada sekolah
dari sekolah
5 sejak dari semalam
sejak semalam / dari semalam
6 demi untuk ibu bapa
untuk ibu bapa / demi ibu bapa
7 beberapa penjahat
beberapa orang penjahat
8 koleksi lagu-lagu
koleksi lagu / lagu-lagu
9 sesetengah daripada kek yang dipotong
setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong
10 video cakera padat
cakera padat video
Thursday, August 13, 2009
10 Kesalahan Tatabahasa
Monday, August 10, 2009
Jenayah Ragut II
Pihak polis selalu mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berjalan terutamanya di kawasan yang sunyi. Elakkan berjalan secara bersendirian kerana hal ini akan memberi peluang kepada peragut untuk melakukan jenayah ini. Selain itu, kita mestilah mengelakkan diri daripada memakai barang kemas atau barang-barang lain yang berharga kerana peragut amat prihatin dengan barangan tersebut.
Kita amat berharap agar penjenayah yang terlibat dalam kes ragut ini dihukum dengan setimpal atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kegiatan yang tidak sihat ini.
Jenayah Ragut I
Pada masa ini, kes ragut semakin menjadi-jadi dan hangat dibualkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana ada kejadian kes ragut yang melibatkan kematian.
Punca utama kes ragut berlaku ialah golongan belia tiada pekerjaan. Sampah masyarakat ini dikatakan malas bekerja. Oleh sebab itu, kerja mereka ialah meragut tas tangan.
Kesannya, dokumen penting dalam beg akan hilang. Selain itu, wang dalam dompet juga dirampas. Yang lebih serius ialah mangsa juga tercedera parah.
Untuk mengurangkan kes ragut, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang. Pihak polis haruslah mengadakan rondaan yang lebih kerap. Golongan wanita pula dinasihatkan agar tidak membawa tas tangan jika tidak perlu.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kes ragut sebenarnya boleh diatasi. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mengurangkan masalah sosial dan jenayah.
( 118 patah kata)
Wednesday, August 5, 2009
Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia
Para hadirin,
Thursday, July 30, 2009
Karangan Kejadian Ragut- Ramalan SPM 2009
Berikan pendapat anda tentang peranan pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani gejala ragut.
Pendahuluan:
- 27 September 2006 peristiwa ngeri Zheng Zi warganegara China.
- Diragut dan dikelar dgn parang.
- Ke manakah hilangnya perikemanusiaan masyarakat.
- Perbuatan menconteng arang dlm imej Negara
- Apakah peranan pihak berkuasa dan masyarakat?
Pb: 1) sediakan paying sblm hujan
2) api kecil baik dipadamkan
3)bagai cacing kepanasan
Isi-isi:
a) Pihak berkuasa melalui polis perlu bertindak tegas dan menguatkuasakan
undang-undang
- Mencadangkan pindaan undang-undang bagi kesalahan ragut.
- Hukuman yg dikenakan mesti member kesan
- Undang-undang @hukuman yg digariskan hendaklah diuar-uarkan kpd khalayak
ramai agar menimbulkan kesedaran
- Bersikap lebih proaktif membuat rondaan di kaw yg berpotensi.
- Kawalan perlu dikuat kuasa 24 jam.
- Masy akan berasa lebih selamat dan bebas.
b) Pihak polis membuat demonstrasi kpd orang ramai.
- Demonstrasi difokuskan kpd kaum wanita.
- Diadakan di karnival-karnival yg mendpt sambutan menggalakkan.
- Sketsa ringkas situasi ragut agar wanita lebih berjaga-jaga.
- Teknik-teknik mencegah kejadian ragut
- Tidak memakai barang kemas sc keterlaluan.
- Demonstrasi pelaksanaan hukuman terhadap peragut perlu dijlnkan
- Diadakan di tempat-tempat tumpuan ramai seperti pusat-pusat membeli-belah
- Pihak polis mengadakan kerjasama dgn media massa mengadakan ceramah dan
kempen.
c) Mengadakan ceramah di sek-sek.
- Langkah awal utk membendung gejala ragut ini.
- Diberi pendedahan awal ttg bahayanya jenayah ragut
- Memupuk kesedaran sivik agar murid-murid menjauhkan diri drpd terlibat dlm
jenayah ragut
- Menguar-uarkan kesan negative jenayah ragut
- Menayangkan visual-visual kejadian ragut dan gambar-gambar mangsa kes ragut.
- Tdk digalakkan utk berjln sendirian sewaktu pergi dan pulang dr sek.
Pb: 1) melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2) bagai aur dgn tebing
3) amra jangan disangka kedondong
4) bangkai gajah takkan boleh ditudung dgn nyiru.
5) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Saturday, July 25, 2009
12 amalan harian pelajar cemerlang
3. Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.
4. Pengurusan masa
Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.
6. Tidak mudah kecewa.
7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.
Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
8. Berdoa.
Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.
9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.
10. Memikirkan pengorbanan keluarga.
Friday, July 17, 2009
Penggunaan Telefon Bimbit
Pada masa ini, sebilangan murid sekolah pada hakikatnya telah pun mempunyai telefon bimbit sama ada dibeli oleh ibu bapa masing-masing atau dibeli dengan duit simpanan sendiri. Cuma penggunaannya terbatas di luar sekolah kerana mereka dilarang menggunakannya di kawasan sekolah. Memang tidak dinafikan telefon bimbit menjadi alat hubungan yang penting namun kita perlu melihat kesan negatif kepada murid sekolah.
Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini di kalangan orang dewasa. Misalnya, telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh. Mereka juga menggunakannya untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai. Di samping itu, pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting seperti yang diiklankan di media massa. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perkara-perkara sedemikian?
Murid-murid juga dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Antara lain, murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk menipu dalam peperiksaan. Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. Selain itu, tidak mustahil jika terdapat murid yang memuat turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.
Tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa akan timbul kesan psikologi terhadap murid sekolah yang kurang mampu. Maka akan wujudlah suatu trend dalam kalangan murid sekolah bahawa telefon bimbit ialah perkara penting pada zaman persekolahan. Oleh itu, mereka akan memaksa ibu bapa membelikan telefon itu untuk mereka.
Selain itu, pemilikan telefon bimbit dalam kalangan murid dikhuatiri menimbulkan suasana hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana ada murid yang mula menjadikan telefon sebagai salah satu simbol status sosial. Jika satu ketika dahulu jenama kasut, beg atau kotak pensel pun boleh digunakan sebagai simbol status sosial di kalangan murid, maka telefon bimbit juga diramal akan turut menjadi alat untuk murid menunjuk-nunjuk.
Masalah penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diberikan perhatian. Dengan itu, langkah melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah dianggap wajar. Larangan ini wajar diteruskan memandangkan penggunaan telefon bimbit lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.
