Tuesday, November 10, 2009

Gejala Mat Rempit

Punca-punca.

Kegiatan rempit amat membimbangkan pada dewasa ini. Media massa sama ada elektronik mahupun media cetak sentiasa memaparkan tentang kegiatan rempit dalam kalangan remaja. Kegiatan yang semakin menular ini amat membahayakan diri remaja sendiri.Aksi-aksi seperti berdiri atas motosikal, memandu dengan laju boleh mendatangkan kecelakaan jalan raya. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna." Para remaja harus menghargai nyawa mereka.

Kalau ada asap, tentu ada api. Banyak punca remaja terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral ini. Antara faktor yang paling dominan ialah institusi keluarga yang longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Anak-anak yang rasa diabaikan mula terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral dengan tujuan untuk menarik perhatian. Malahan yang lebih mengecewakan ada ibu bapa yang lebih mementingkan pencapaian akademik anak-anak tetapi mengabaikan didikan agama. Kesannya anak-anak yang tidak dibimbing dengan didikan agama, tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Selain itu, anak-anak rasa tertekan tinggal di rumah dengan kerenah ibu bapa yang membosankan. Ibu bapa sewajarnya menjadi guru dan role model terbaik untuk anak-anak di rumah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Pengaruh rakan sebaya juga banyak mendorong remaja terlibat dengan tingkah laku yang berbahaya ini. Kadang-kadang rakan yang kita pilih tidak menunjukkan teladan yang positif sebaliknya mendorong untuk melakukan kegiatan yang tidak sihat untuk merempit. Selain itu, apabila menyaksikan rakan-rakan begitu hebat di jalan raya timbul keinginan untuk berlumba dalam kalangan mereka. Akibatnya remeja terjebak dengan kegiatan rempit ini.

Selain itu, kendiri remaja sendiri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Sememangnya remaja sentiasa suka bergaya dan berlagak. Apabila ada sesuatu kegiatan yang berbahaya maka semangat mereka membuak-buak untuk mencuba. Mereka suka menunjuk-nunjuk bahawa mereka amat hebat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. sewajarnya pembentukan kendiri remaja perlu dilaksanakan sebaik-baiknya si sekolah terutama ketika di bangku sekolah rendah lagi seperti kata pepatah,'meletur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Untuk membendung masalah ini, kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Pihak sekolah perlu memastikan didikan yang sebenar dicurahkan kepada anak murid. Manakala, ibu bapa pula perlu memberi perhatian kepada nank-anak dengan nilai kasih sayang. Masyarakat jangan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Intihanya, kerjasama semua pihak pasti dapat membendung permasalahan yang semakin kronik ini dalam kalanga remaja.

Monday, September 14, 2009

Penggunaan Telefon Bimbit

Penggunaan telefon mudah alih semakin popular pada masa kini. Pelbagai jenama telefon mudah alih yang ada di pasaran. Syarikat pengeluar pula berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej istimewa untuk menarik minat pengguna supaya membeli telefon ini. Pada era teknologi ini, penggunaan telefon mudah alih semakin penting kerana kita boleh berhubung pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Oleh sebab pentingnya telefon mudah alih ini, tidak hairanlah penuntut-penuntut universiti sanggup menggunakan wang mereka untuk membeli telefon ini. Bukan itu sahaja, pelajar sekolah juga ramai yang memiliki telefon mudah alih. Penggunaan telefon mudah alih walaupun banyak kebaikannya tetapi perlulah dipantau, khususnya oleh ibu bapa.

Seharusnya ibu bapa mengawal anak-anak agar tidak terlalu terikiut-ikut dengan gaya hidup moden sedangkan tugas utama anak-anak adalah belajar bersungguh-sungguh.

Thursday, August 13, 2009

10 Kesalahan Tatabahasa

1 para guru-guru
para guru / guru-guru

2 satu setengah jam
satu jam setengah

3 tiap pelajar
setiap pelajar / tiap-tiap pelajar

4 daripada sekolah
dari sekolah

5 sejak dari semalam
sejak semalam / dari semalam

6 demi untuk ibu bapa
untuk ibu bapa / demi ibu bapa

7 beberapa penjahat
beberapa orang penjahat

8 koleksi lagu-lagu
koleksi lagu / lagu-lagu

9 sesetengah daripada kek yang dipotong
setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong

10 video cakera padat
cakera padat video


Monday, August 10, 2009

Jenayah Ragut II

Kejadian ragut kian kerap berlaku di negara kita dan fenomena ini menimbulkan rasa tidak selamat kepada orang ramai untuk keluar dari rumah. Kita amat sedih kerana banyak kes ragut yang telah menyebabkan mangsa cedera parah dan ada yang meninggal dunia.

Pihak polis selalu mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berjalan terutamanya di kawasan yang sunyi. Elakkan berjalan secara bersendirian kerana hal ini akan memberi peluang kepada peragut untuk melakukan jenayah ini. Selain itu, kita mestilah mengelakkan diri daripada memakai barang kemas atau barang-barang lain yang berharga kerana peragut amat prihatin dengan barangan tersebut.

Kita amat berharap agar penjenayah yang terlibat dalam kes ragut ini dihukum dengan setimpal atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan kegiatan yang tidak sihat ini.

Jenayah Ragut I

Pada masa ini, kes ragut semakin menjadi-jadi dan hangat dibualkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana ada kejadian kes ragut yang melibatkan kematian.

Punca utama kes ragut berlaku ialah golongan belia tiada pekerjaan. Sampah masyarakat ini dikatakan malas bekerja. Oleh sebab itu, kerja mereka ialah meragut tas tangan.

Kesannya, dokumen penting dalam beg akan hilang. Selain itu, wang dalam dompet juga dirampas. Yang lebih serius ialah mangsa juga tercedera parah.

Untuk mengurangkan kes ragut, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang. Pihak polis haruslah mengadakan rondaan yang lebih kerap. Golongan wanita pula dinasihatkan agar tidak membawa tas tangan jika tidak perlu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kes ragut sebenarnya boleh diatasi. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mengurangkan masalah sosial dan jenayah.

( 118 patah kata)

Wednesday, August 5, 2009

Kebaikan Membeli Barangan Buatan Malaysia

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para peniaga, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan. Saya seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang keemasan ini untuk menyampaikan ucapan sempena jualan mega yang dilancarkan baru-baru ini. Perkara yang ingin saya kongsikan kepada tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini ialah kepentingan membeli barangan buatan Malaysia

Para hadirin,
“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak pengguna tempatan amnya, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan juga telah membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan. Hal ini telah memungkinkan pengeluaran barangan buatan Malaysia menjadi lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import.

Untuk menggapai visi kudsi Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, sektor industri di negara kita perlulah disokong sepenuhnya agar dapat dinaik taraf dan memenuhi kehendak pasaran. Kerajaan telah melancarkan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia” sejak awal tahun 1988, tujuannya adalah untuk membuka mata rakyat pro-Barat tentang kualiti barangan tempatan. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia, siapakah lagi membeli barangan buatan Malaysia? Saya akan cuba menghuraikan kepentingan membeli barangan tempatan kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Hadirin dan hadirat yang budiman,

Dewasa ini, Asia Tenggara sedang dilanda iklim kegawatan ekonomi yang gawat. Hal ini telah membelenggu rakyat dalam negara tetangga sebelah sini. Sesetengah tempat menghadapi masalah kekurangan bahan makanan, malah di negara kita, kadar inflasi semakin meningkat. Apakah langkah yang paling proaktif untuk menangani masalah inflasi ini? Pada pandangan saya, pendekatan yang terbaik untuk memerangi permasalahan ini adalah dengan membeli barangan keluaran tempatan. Hal ini berlaku demikian kerana melalui langkah ini, kita akan dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke luar negara. Jika keadaan ini dapat kita elakkan, sudah pasti dana utama negara akan meningkat seterusnya dan membendung masalah inflasi.

Usahlah kita bersusah payah membazirkan wang membeli kenderaan import. Usahlah kita memandang jenamanya yang menuntut nilai yang tinggi sedangkan negara kita mempunyai kenderaan yang sama kualitinya. Lihatlah kereta-kereta nasional berjenama Proton seperti Proton Saga, Proton Waja, dan Proton Perdana. Bukankah kereta-kereta ini setanding dan setaraf dengan kereta-kereta import?

Menurut laporan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , faktor perdana yang menyumbang masyarakat lebih gemar mengagung-agungkan barangan import ialah mereka beranggapan bahawa barangan import lebbih berkualiti. Saya di sini boleh memberitahu kalian bahawa tanggapan mereka adalah salah sama sekali kerana mereka sering menganggap bahawa barangan yang harganya lebih murah biasanya tidak berkualiti, manakala barangan yang mahal pasti berkualiti tinggi. Lantaran itu, mengapakah kita masih membayar lebih untuk barangan import yang sama kualitinya sedangkan negara kita juga mempunyai barangan lebih berkualiti berbanding barangan import? Tepuk dada tanyalah selera. Hal ini telah membuktikan bahawa barangan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan barangan import. Oleh itu, kita dapat menjimat pembelajaran ketika kita membeli barangan tempatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sejak akhir-akhir ini, negara kita telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan yang berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1) dan pasaran kenderaan antarabangsa. Justifikasinya, kejayaan ini telah menunjukkan bahawa negara kita mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Persis pepatah Melayu berbunyi “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Selain dapat berbelanja secara berhemah, sedikit sebanyak kita dapat membantu anak bangsa kita sendiri dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dengan membeli barangan tempatan, kita dapat membuktikan bahawa rakyat Malaysia merupakan bangsa yang berdikari tanpa memerlukan bantuan dari negara atas angin. Selain itu, kita dapat memberikan impak positif dan menjadi teladan kepada negara-negara lain.

Akhir kalam, amalan membeli barangan buatan Malaysia seyogia ada dalam jiwa masyarakat kerana amalan ini banyak mendatangkan faedah kepada rakyat tempatan. Jika sikap ego ini tidak kita kikiskan, negara kita akan runtuh. Oleh itu, saya menyeru agar hadirin dan hadirat menyokong kempen “Belilan Barangan Buatan Malaysia” ini demi kebaikan negara dan warga keseluruhannya. Rakyat haruslah menjangka sehabis tangan dalam usaha melancarkan pembangunan negara seperti yang dikatakan dalam tema kebangsaan tahun 2008 “Perpaduan teras kejayaan”. Malaysia Boleh! Sekian, terima kasih.

Thursday, July 30, 2009

Karangan Kejadian Ragut- Ramalan SPM 2009

Kejadian ragut mula membimbangkan banyak pihak. Selain itu kejadian ragut mula mendapat perhatian luas apabila menjadi topic utama dalam media massa. Pihak berkuasa dan anggota masyarakat disaran untuk memainkan peranan aktif dalam menangani masalah ini.
Berikan pendapat anda tentang peranan pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani gejala ragut.

Pendahuluan:
- 27 September 2006 peristiwa ngeri Zheng Zi warganegara China.
- Diragut dan dikelar dgn parang.
- Ke manakah hilangnya perikemanusiaan masyarakat.
- Perbuatan menconteng arang dlm imej Negara
- Apakah peranan pihak berkuasa dan masyarakat?
Pb: 1) sediakan paying sblm hujan
2) api kecil baik dipadamkan
3)bagai cacing kepanasan
Isi-isi:
a) Pihak berkuasa melalui polis perlu bertindak tegas dan menguatkuasakan
undang-undang

- Mencadangkan pindaan undang-undang bagi kesalahan ragut.
- Hukuman yg dikenakan mesti member kesan
- Undang-undang @hukuman yg digariskan hendaklah diuar-uarkan kpd khalayak
ramai agar menimbulkan kesedaran
- Bersikap lebih proaktif membuat rondaan di kaw yg berpotensi.
- Kawalan perlu dikuat kuasa 24 jam.
- Masy akan berasa lebih selamat dan bebas.

b) Pihak polis membuat demonstrasi kpd orang ramai.
- Demonstrasi difokuskan kpd kaum wanita.
- Diadakan di karnival-karnival yg mendpt sambutan menggalakkan.
- Sketsa ringkas situasi ragut agar wanita lebih berjaga-jaga.
- Teknik-teknik mencegah kejadian ragut
- Tidak memakai barang kemas sc keterlaluan.
- Demonstrasi pelaksanaan hukuman terhadap peragut perlu dijlnkan
- Diadakan di tempat-tempat tumpuan ramai seperti pusat-pusat membeli-belah
- Pihak polis mengadakan kerjasama dgn media massa mengadakan ceramah dan
kempen.

c) Mengadakan ceramah di sek-sek.
- Langkah awal utk membendung gejala ragut ini.
- Diberi pendedahan awal ttg bahayanya jenayah ragut
- Memupuk kesedaran sivik agar murid-murid menjauhkan diri drpd terlibat dlm
jenayah ragut
- Menguar-uarkan kesan negative jenayah ragut
- Menayangkan visual-visual kejadian ragut dan gambar-gambar mangsa kes ragut.
- Tdk digalakkan utk berjln sendirian sewaktu pergi dan pulang dr sek.

Pb: 1) melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2) bagai aur dgn tebing
3) amra jangan disangka kedondong
4) bangkai gajah takkan boleh ditudung dgn nyiru.
5) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.